Khamis, 20 September 2012

PEKA Fizik form 4 - Pembiasan Cahaya

Tujuan :-
- Mengkaji hubungan antara sudut tuju dengan sudut pembiasan dan menentukan indeks biasan bongkah kaca.

Masalah :-
- Apakah hubungan antara sudut tuju dengan sudut pembiasan?
Dengan menambahkan sudut tuju, adakah sudut biasan juga akan bertambah?

Inferen:-
- Nisbah sin i / sin r adalah tetap; i adalah sudut tuju dan r ialah sudut biasan

Hypotesis :-
- Semakin besar sudut tuju, i, semakin besar sudut biasan, r.
Sinus sudut tuju,i , adalah berkadar terus kepada sinus sudut biasan, r, di mana sin i / sin r = n, indek biasan kaca dan n ialah pemalar.

Pemboleh ubah :-
- bergerak balas : sudut biasan, r
- dimanipulasikan : sudut tuju, i
- dimalarkan : indeks biasan kaca, n

Bahan dan radas :-
Bongkah kaca, bekalan kuasa, kotak sinar dengan plat celah tunggal, pembaris plastik, protraktor, kertas putih.

Gambar rajah :-
- lukis rajah 5.12 (a) m/s 152, buku teks fizik

Prosedur :-
< lukis gambar rajah 5.7 m/s 96 buku teks fizik amali>

1. Susun radas seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.7.
2. Letakkan bongkah kaca segi empat di tengah2 sehelai kertas putih. surihkan bentuk bongkah kaca. Alihkan bongkah kaca itu dan bina garis normal pada titik P
3. Menggunakan protraktor, bina beberapa sudut tuju, i pada sudut 30°, 40°, 50°, 60°, dan 70° serta garis normal pada sempadan bongkah kaca dengan udara.
4. Letakkan semula bongkah kaca di atas kertas putih, tujukan sinar cahaya dari kotak sinar pada titik P di sepanjang garis yg tlh dilukis pd sudut tuju 30°. Tandakan laluan sinar dgn dua titik X dan Y.
5.
Alihkan bongkah kaca. Sambungkan titik X dan Y dgnn garis lurus sehingga menyentuh garis tepi bongkah kaca pada Q. Lukis laluan sinar biasan dgn menyambuungkan titik P dan Q.
6. Ukur dan rekodkan sudut biasan, r.
7. Ulang langkah 4, 5, dan 6 bgi sudut tuju yg lain.
8. Rekodkan keputusan anda seperti dlm jadual 5.1

(isi ke dlm tpt kosong, susunan jwpn aq bermula dari garis 30° dan turun ke 70°)
r = 15°, 20°, 25° , 30° , 35°
sin i = 0.50, 0.64, 0.77, 0.87, 0.94

sin r = 0.26, 0.34, 0.42, 0.50, 0.57
(tidak pasti sama ada jawapan ini betul or salah, hehe)

9. hitungkan nilai sin i dan sin r.

10. Lukis graf sin i melawan sin r.

Perbincangan :-
- tentukan pemboleh ubah dimalarkan, pemboleh ubah dimanipulasikan, dan pemboleh ubah bergerak balas.
(aq letak pemboleh ubah dekat mule2, aq tak tahu nk letak kat mane)

- berdasarkan graf sin i melawan sin r, apakah hubungan antara sin sudut tuju, i, dgn sin sudut biasan, r,?
(
Semakin besar sudut tuju, i, semakin besar sudut biasan, r.)

- adakah keputusan eksperimen tersebut menyokong hipotesis anda?
(nilai n adalah malar & sin r adalah berkadar langsung kpd sin i. Hipotesis dibuktikan benar.)

- kira kecerunan graf sin i melawan sin r dan buat kesimpulan berkaitan Hukum Snell.
(kecerunan graf kene buat dkt graf, Hukum Snell menyatakan bahawa sinar tuju, sinar biasan, dan garis normal pd titik tuju kesemuanya berada pada satah yg sama.)

- buat kesimpulan berkaitan indeks biasan bongkah kaca yg digunakan dlm eksperimen ini.
(Indeks biasan atau indeks pembiasan bahan adalah ukuran kelajuan cahaya dalam bahan itu.)


<<by arifpRo! @ArifproZainul , all right reserved 2012>>



Sabtu, 15 Oktober 2011

Berjalan2 di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh


Inilah Gunung Lang yang terletak berdekatan dengan pusat bandaraya Ipoh & juga berhampiran dengan Exit tol plus utara-selatan... Tempat ini penuh dengan pelbagai jenis Flora & Fauna dan juga merupakan tempat yang bagus untuk para fotografi yang ingin menangkap gambar alam semula jadi. Gunung Lang mempunyai sebuah tasik yang indah di tengah2 nya dan ada perkhidmatan bot untuk pergi ke seberang.. dekat seberang tasik ade sebuah taman yang cukup indah dan ade juga sebuah taman haiwan di dalam taman tersebut..

info Gunung Lang ^

Taman yang terletak di celah-celah Gunung Lang ^

Jumaat, 7 Oktober 2011

hanfone CSL Blueberry 1100 ku yang baru,,,


inilah hanfone ku yang ke 5. sebelum nie gune handfone K3000tv (sekarang masih guna lagi)... saje beli handfone nie sebab nak cube merase pakai handfone yang banyak tempat tekan nie or QUETRY keypad phone... lepas nie cadang untuk beli lagi satu handfone CSL kot... tapi tak tahu lagi bile,,, Bestnye dapat mengumpul handfone...! (^o^)

Ahad, 2 Oktober 2011

G Shock transparent

bestnye dapat pakai jam G Shock... Aku sudah ade satu jam G Shock tapi yang ini memang cantik sebab badanye yang transparent....